Skip to main content

TENTANG KAMI

JOM KENALI SMART QURAN

Perjalanan Smart Quran Malaysia

Smart Quran Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 2023, dengan satu niat yang tulus untuk memudahkan umat Islam belajar Al-Quran dan Fardhu Ain tanpa halangan masa, tempat, atau usia.

Kami bermula dengan hanya menawarkan kelas asas Iqra' dan Al-Quran secara atas talian, dikendalikan oleh guru-guru yang penuh komitmen dan kasih sayang dalam membimbing pelajar dari pelbagai latar belakang.

Dalam masa yang singkat, kami menyaksikan keperluan yang besar di kalangan dewasa, ibu bapa, dan warga emas yang masih mencari ruang untuk menampung kekurangan ilmu Fardhu Ain maka lahirlah kelas-kelas khusus untuk mereka.

Perjalanan Smart Quran Malaysia
Didirikan dengan niat tulus - 2023

Pencapaian Kami (2023–2025)

Dengan izin Allah dan kepercayaan anda, kami telah mencapai:

150+ Pelajar Aktif

Seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Brunei

35 Guru Berpengalaman

Guru Al-Quran & Fardhu Ain yang qualified

Kelas Setiap Hari

Dijalankan secara online dan offline

Kelas Dari Rumah

Dengan laporan prestasi pelajar

40+ Pelajar Dewasa

Kini khatam Al-Quran bersama kami

Ingin Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Smart Quran?

Sertai ribuan pelajar lain yang telah memulakan perjalanan mereka bersama kami